Label

Senin, 10 Februari 2014

SEJARAH RINGKAS LAHIRNYA WAHABI



Sejarah Ringkasnya.

wahabiindonesia.wordpress.com
Muhamad Abdul Wahab adalah pembangun gerakan Wahabi. Beliau dilahirkan didesa ‘Iniyah di Najd tahun 1115 H dan wafat tahun1206 H dalam usia 91 tahun. Pada ketika itu daerah Hijaz , termasuk Mekah dan Medinah beraad dibawah kekuasaan Syarif-Syarif Mekah, di bawah naungan kerajaan Turki Othmaniah.
Ia belajar agama tingkat permulaan daripada bapanya , Abdul Wahab , seorang ulama’ Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Maka memberikan nama “Wahabiah” pada gerakan Muhamad bin Abdul Wahab adalah sesuatu kekeliruan , keran Abdul Wahab ( bapanya) adalah ulama’ Ahli Sunnah , bukan berfahaman “Wahabiah”.
Juga seorang saudaranya bernama Sulaiman bin Abdul Wahab adalah seorang ulama’ Ahli Sunnah Wal-Jamaah juga , tidak menerima faham Wahabi.
Pada waktu remaja, Abdul Wahab pergi naik haji ke Mekah dan sampai ke Medinah menziarahi maqam Nabi Muhamad saw dan kembali ke Najd sesudah mengerjakan haji.
Dia datang lagi ke Mekah untuk melanjutkan pelajarannya.Dia tinggal di Mekah dan Medinah sebagai pelajar.
Pada kali kedua ini, dia tersandung pada kitab-kitab Ibni Taimiyyah, yang mengharamkan “Tawasul dan Istighatsah” , yang mengharamkan berpergian ziarah ke maqam-maqam walaupun maqam Nabi dan Wali-wali dan juga ia tercangkuk dengan pelajaran Ibni Taimiyyah tentang “Tuhan diatas” dan “Tuhan bersila” dan lain-lain sebagainya.
Maka menjadilah ia seorang ‘pemuja’ Ibni Taimiyyah dengan erti kata yang sebenar-benarnya bahkan lebih Taimiyyah dari Ibni Taimiyyah sendiri.
Tersebut dalam buku “Munjid” halaman 568 ertinya: Wahabiah adalah sebahagian dari firqah Islamiyah , di bangun oleh Muhamad bin Abdul Wahab (1702-1787). Lawannya menamakannya Wahabiah , tetapi pengikutnya menamakan gerakannya dengan nama “Muwahhidun”. Dalam Feqah mereka berpegang kepada madzhab Hambali disesuaikan dengan tafsiran Ibni Taimiyyah.
Keterangan “Munjid” ini tidak semuanya benar. Ulama’-ulama’ Wahabi itu tidak maraah kalau mereka diberi gelar “Wahabi” ; bahkan ada sebuah kitab mereka yang berjudul “ Al-Hidayatul Saniah Waltahfatul Wahabiatul–Najdiyah”.
Muhamad bin Abdul Wahab ‘terbuka matanya’ dan dia melihaaaat bahawa banyak sekali amal ibadat Ummat Islam di Medinah berlawanan dengan Sunnah Rasul menurut kacamata Taimiyyahnya , umpamanya berbundung-bundung ke Medinah menziareahi kubur Nabi Muhamad saw, kubur Saidina Hamzah di Uhud , kubur Siti Khatijah di Al-Mu’la dan lain-lain perkuburan. Ini semua adalah “ Bid’ah” katanya.
Dan dia paling tidak suka melihat seseorang berdo’a dihadapan maqam Nabi di Medinah menghadap kepada kubur Nabi , bukan menghadap ke Ka’abah. Ini juga “Syirik” katanya.
Kemudian ia dengar orang mengucapkan “Ya RasuluLLah” di hadapan maqam Nabi. Ini juga “Syirik” katanya.
Marah melihat itu semuanya maka ia pulang ke desa ‘Iniyah di Najd dan membuka pengajiannya dan langsung memfatwakan bahawa kepergian ziarah ke Maqam Nabi adalah ma’siat.Penduduk desanya tidak menerima fatwa ini dan dia diusir oleh penguasa desanya .
Kemudian dia pergi ke Basyrah, Iraq. Dia cuba pula mengeluarkan fatwa-fatwanya yang ganjil-gajil itu ; sehingga diusir lagi dari Basyrah.Dia bermaksud akan melanjutkan perjalanannya ke Baghdad dab Syria tetapi tidak punya wang ( Muqaddimah Kitab Kasyaful- Syubhat , karangan Muhamad bin Abdul Wahab, halaman 4).
Maka ia pergi ke Hasa berlindung kepada Punguasa Hasa , namanya Sheikh Abdullah bin Abdul Latif ; tetapi kemudian penguasa ini mengusirnya pula kerana tidak menyetujui pengajian-pengajian Muhamad bin Abdul Wahab ini.
Pendeknya kemana sahaja ia pergi akhirnya diusir akibat dari fatwa-fatwanya yang salah-salah , berlainan dari fatwa-fatwa ulama’ yang lazim ketika itu.Desanya sendiri , ‘Iniyah , Basyrah dan Hasa tidak menerimanya.
Abangnya sendiri bernama Sulaiman bin Abdul Wahab mengarang sebuah buku untuk menolak fatwa-fatwa Wahabi dari Muhamad bin Abdul Wahab. Buku itu bernama : “Al-Sawa ‘iqul- Muharrakah fil-ardhi ‘Alal-Wahabiah” ( Petir yang membakar untuk menolak faham Wahabiah).
Kemudian Muhamad bin Abd Wahab pindah ke sebuah negeri namanya “ Dar’iyah”. Raja Dar’iyah itu bernama Muhamad bin Sa’ud. Maka berjumpalah di Dar’iyah dua ‘Muhamad’ iaitu Muhamad bin Abdul Wahab dan Muhamad bin Sa’ud. Yang saling perlu memerlukan.
Muhamad bin Abdul Wahab memerlukan pertolongan seorang Penguasa yang dapat melindungi ‘da’wah’nya, kerana ia tidak tahan dikejar-kejar dan diburu-buru oleh penguasa-penguasa negeri yang didiaminya.
Sedang Muhamad bin Saud sebagai Penguasa di Ra’Iyah memerlukan pula seorang ulam’ yang dapat mengisi rakyatnya dengan pelajaran-pelajaran agama yang mampu memperkukuhkan kearajaannya.
Dari ketika itu bersatulah agama Wahabi dengan kekuasaan ‘Sa’udi’ atau ‘Al-Sa’ud’ atau ‘ Ibni Sa’ud’.
(Petikan dari Masalah Ugama –Kiyai Hj Sirajuddin Abbas)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar